suria

Pogba tampil dengan gaya rambut baru rai kemenangan United benam Crystal Palace

PAUL Pogba tampil bergaya dengan rambut berwarna perang ketika beraksi di Shelhurst Park di mana Manchester United menundukkan Crystal Palace 3-1, malam Rabu lalu.

Gaya terbaharu Pogba itu menjadi tumpuan ramai pada malam tersebut.

Menurut legenda United Eric Cantona, perubahan gaya rambut Pogba selepas mempamerkan aksi luar biasa merupakan satu petanda positif mengenai keutamaan pemain itu ketika ini adalah tepat.

Jelas Cantona ekspresi diri hanya bagus jika ia mencerminkan prestasi seimbang semasa di atas padang.

"Pertama anda perlu bagus di atas padang dan kemudian anda melakukan sesuatu. Jika anda hilang fokus kerana anda fikir lebih mengenai gaya rambut daripada bola sepak, itu tidak bagus.

"Jika selepas mereka menjaringkan gol dan menang, mereka boleh ubah gaya rambut... itu tidak jadi masalah. Namun pertama fokus, fikir mengenai kemenangan dan bola sepak," kata Cantona.

Terdahulu, Paul Pogba dilaporkan meminta maaf kepada rakan pasukannya selepas dilayangkan kad merah ketika bertemu Paris Saint Germain (PSG) pada aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford.

United tewas 2-0 kepada PSG di hadapan penyokong sendiri yang menyebabkan mereka berdepan kesukaran untuk aksi timbal balik di Paris.

Pogba dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan kasar ke atas Dani Alves pada babak kedua.

Kecewa dibuang padang, Pogba melepaskan kemarahannya dengan menumbuk loker dibiliki persalinan United. - legit.ng

Paul Pogba, Manchester United

Artikel Lain