suria

Cardiff didakwa 'tinggalkan' Sala di hotel, atur penerbangan sendiri - Bekas ejen

Emiliano Sala.

EMILIANO Sala dibiarkan mengatur sendiri penerbangannya selepas memuktamadkan perpindahan dari Nantes ke Cardiff City, kata bekas ejennya, Willie McKay.

Anak McKay, Mark yang turut terlibat dalam perpindahan tersebut mewakili Nantes manakala Willie pula bertindak mengatur penerbangan yang terhempas di Selat Inggeris sehingga meragut nyawa pemain bola sepak itu dan juruterbang, David Ibbotson.

Dalam satu temubual bersama BBC, Willie berkata:"Sala ditinggalkan bersendirian di hotel lebih atau kurang untuk mengatur penerbangannya sendiri."

Namun Cardiff menafikan dakwaan Willie bahawa Sala dibiarkan sendirian untuk mengatur perjalanannya ke selatan Wales.

Satu kenyataan dikeluarkan Cardiff berbunyi:"Kelab kami dalam proses mengaturkan penerbangan komersial kepada Sala sehinggga tawaran ini ditolak kerana pengaturan berasingan dibuat -perancangan dan spesifik yang tidak diketahui Cardiff.

Pesawat dinaiki Sala ditemui terdampar di dasar Selat Inggeris.

"Cardiff memandang serius potensi perjalanan tidak sah yang berlaku selepas maklumat dikeluarkan. Jelas lebih banyak jawapan diperlukan berhubung tragedi mengejutkan itu."

Dalam temubual itu, Willie dan Mark percaya siasatan terhadap insiden itu akan menyimpulkan bahawa 'kesilapan juruterbang' menyebabkan pesawat Piper Malibu N264DB itu terhempas dekat Guernsey.

Willie sebenarnya mengaturkan juruterbang pengalaman, David Henderson untuk menerbangkan pesawat Sala tetapi tidak menyedari Ibbotson akan menemani pemain itu.

"Tiada sesiapa di Cardiff dilihat melakukan apa sahaja. Ia sedikit memalukan untuk pasukan itu.

"Mereka membeli pemain bernilai 17 juta euro dan kemudian membiarkannya di hotel dan mengatur perjalanan sendiri.

"Cara mereka bertindak setakat ini amat memalukan," katanya. - Asia Eurosports

Emiliano Sala, Cardiff City

Artikel Lain