suria

Solskjaer mahu kekalkan De Gea, tapi sudah buka jalan untuk Valencia keluar kelab

David De Gea. - Foto Reuters

OLE GUNNAR SOLSKJAER berkata Manchester United sedang melakukan yang terbaik untuk menandatangani perjanjian baharu dengan David De Gea.

Tetapi, bos sementara United itu telah membuka jalan untuk kapten kelab, Antonio Valencia bagi meninggalkan United pada musim panas ini.

Masih berbaki 10 perlawanan dalam kempen Liga Perdana Inggeris, gergasi Old Trafford itu sedang berusaha untuk membentuk pasukan mereka bagi mengejar gelaran juara musim akan datang.

United telah mengikat beberapa pemain utama dengan tawaran baharu baru-baru ini, tetapi rundingan bersama De Gea terus jadi tanda tanya.

Walaupun penjaga gol itu jelas mahu kekal di kelab yang pernah disertainya dari Atletico Madrid pada 2011.

Tuntutan tentang perjanjian itu difahamkan telah ditangguhkan sementara rundingan diteruskan dengan penjaga gol tersebut.

"Tiada perkembangan terkini daripada saya mengenai perkara itu.

"Sudah tentu, kelab dan David sedang berbincang, jadi harap-harapnya mereka akan bersetuju.

Solskjaer. - Foto Reuters

"Ia di luar bidang kuasa saya, tetapi saya pasti kami akan melakukan apa yang kami boleh.

"David memang hebat sejak dia tiba. Kelab menunjukkan betapa mereka mahu dia kembali seperti waktu ketika Eric (Steele, jurulatih penjaga gol) dan gaffer (Sir Alex Ferguson) menemuinya.

"Dia menjadi pemain terbaik selama beberapa tahun, empat atau lima tahun terakhir ini, jadi kami berterima kasih kerana memilikinya.

"Sekali lagi, kami memiliki Sergio (Romero) dan Lee (Grant), jadi ia adalah bahagian penjaga gol hebat yang kami ada.

"Saya tidak fikir ada pengurus di dunia ini yang dapat mengalahkan saya dalam hal itu," kata Solskjaer.

Sementara United cuba mengekalkan De Gea di kelab itu, Valencia pula nampaknya bersedia menuju ke pintu keluar. - Independent

David De Gea

Artikel Lain