suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zidane setuju ambil alih tugas Sarri di Chelsea dengan jaminan tiga syarat

Zinedine Zidane.

MAURIZIO Sarri berdepan dengan tekanan di Chelsea selepas prestasi sukar musim ini.

Berikutan dengan itu, pengurusan tertinggi kelab mahu Zinedine Zidane menggantikan Sarri sekiranya keputusan perlawanan terus hambar.

Zidane dikatakan berminat untuk ke Stamford Bridge sekiranya kelab boleh memberi jaminan dalam beberapa perkara.

Bekas pengendali Real Madrid itu mahu The Blues memberi jaminan untuk kekalkan pemain bintang Eden Hazard di kelab.

Zidane juga mahu perbelanjaan permindahan pemain sebanyak 200 juta pound untuk perbaiki skuad serta perlu jaminan daripada bos tertinggi serta Marina Granovskaia (pengarah kelab).

Sumber terdekat kelab memberitahu, Zidane tidak mahu menjangkakan apa-apa mengenai masa depan Sarri kerana segalanya di tangan pengurus itu.

Jika Sarri gagal meletakkan pasukan dalam kelompok keempat teratas musim ini, dia pastinya sudah tahu jalan keluar.-Dailymail.co.uk

Artikel Lain