suria

Messi catat rekod jaring gol ke-30 ketika bertembung Valladolid

Foto Reuters

LIONEL MESSI menjaringkan gol kemenangan sekali lagi untuk Barcelona pada Sabtu malam.

Bintang itu menjaringkan gol tunggal ketika La Blaugrana mengalahkan Real Valladolid dengan sepakan gol yang ganjil di Camp Nou.

Gol itu mungkin bukan jaringan yang paling membanggakan dalam karier Messi, tetapi ia membawa satu lagi pencapaian penting dalam kerjaya bintang legenda dari Argentina itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ronaldo capai kejayaan luar biasa kali kedua dalam karier bola sepak

Untuk 11 musim berturut-turut, Messi berjaya menjaringkan 30 gol atau lebih dalam semua pertandingan.

Messi kini menjaringkan nisbah satu gol bagi satu perlawanan pada musim ini.

Sebanyak 22 jaringannya pada musim diraih daripada 22 perlawanan La Liga.

Messi menjaringkan 73 gol dalam 60 perlawanan pada musim 2011/12 dengan 50 daripadanya diperoleh daripada 37 perlawanan La Liga.

Secara keseluruhannya, pemain terhebat Barcelona meraih 405 gol La Liga hanya dalam 440 penampilan, menjadikannya sebagai penjaring gol terbaik dalam sejarah kelab itu. - 90 Min

Lionel Messi

Artikel Lain