LTdL ditunda ke tarikh baharu - Sukan | mStar

LTdL ditunda ke tarikh baharu

PENGANJURAN Le Tour de Langkawi (LTdL) ditunda ke tarikh baharu bagi mengelakkan pertindihan dengan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) yang dijadual pada penghujung bulan depan.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengesahkan perkara itu berkata ia diputuskan dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam.

"Sebab utama kami tak nak ada dua program antarabangsa yang bertindih di Langkawi dan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pandang serius kedua-dua program ini LTdL dan LIMA'19 merupakan buah fikirannya dan mahu ia dilaksanakan sebaik mungkin.

"Kami nak pastikan tarikan di peringkat antarabangsa ke Langkawi dapat dibahagikan kepada dua fasa," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi townhall bersama golongan muda di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok pada Khamis.

Syed Saddiq berkata kerajaan juga bercadang untuk mengembalikan LIMA'19 ke zaman kegemilangannya dengan mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa.

"Untuk liputan meluas media, kami dimaklumkan tak boleh buat (LTdL) sama masa dengan LIMA'19 kerana media akan tengok (buat liputan serentak) untuk kedua-dua acara.

"Stesen televisyen juga tidak mahu jadual yang bertindih antara kedua-dua program kerana mereka memerlukan helikopter dan dron untuk buat liputan tetapi kerana LIMA'19, ruang udara akan ditutup dan dikawal rapi," katanya.

Syed Saddiq berkata berikutan keputusan itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan pertemuan dengan penganjur dan persatuan berbasikal yang terlibat dengan LTdL bagi membincangkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pertandingan berprestij itu.

Beliau berkata tarikh baharu LTdL akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha KBS Datuk Lokman Hakim Ali dalam masa terdekat.

LTdL pada tahun ini sebelum ini dijangka akan diadakan pada 24 Mac hingga 31 Mac manakala LIMA'19 pula bermula pada 26 Mac hingga 30 Mac.- Bernama

LTdL 2019

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain