suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kehadiran pemain Filipina atau Indonesia bakal lengkapkan skuad Sang Kancil

Sesi latihan pasukan Melaka United. Foto kredit: Melaka United

PETALING JAYA: Pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan mengakui skuad Sang Kancil masih longgar dan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memperbaiki pasukan itu.

Bagaimanapun kata Zainal, 57, selepas mengharungi beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan dan juga kelab di Vietnam, ada perubahan yang dilihatnya.

"Pasukan memang giat menjalani latihan. Kami ada mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dan sudah nampak keserasian di antara pemain.

"Bagaimanapun masih ada lagi ruang-ruang longgar yang perlu diperkemaskan lagi seperti gol mudah bolos dan lain-lain.

"Saya harap kelemahan itu dapat diperbaiki menjelang pembukaan tirai Liga Malaysia bertemu Mifa pada Februari ini," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Zainal memberitahu skuadnya belum lagi lengkap sepenuhnya.

"Kami masih menunggu seorang lagi tenaga import dari Asia Tenggara yang belum sampai.

"Pemain itu mungkin dari Filipina atau Indonesia. Harapnya semua berjalan lancar dan dapat tiba dalam tempoh terdekat ini.

"Saya juga berharap agar pemain-pemain lain mesti cepat serapkan keserasian di antara satu sama lain dan pemain perlu gunakan peluang sebaik mungkin apabila diberi ruang untuk berbuat demikian,"  jelas bekas pengendali Pulau Pinang itu.

Zainal Abidin Hassan, melaka

Artikel Lain