suria

Wartawan bongkar salah laku pegawai kanan Fifa, maut ditembak pembunuh upahan

Gambar hiasan

SEORANG wartawan penyiasat Ghana yang mendedahkan perbuatan pegawai tinggi di badan bola sepak dunia FIFA sebagai seorang yang korup maut ditembak.

Wartawan itu ditembak ketika pulang ke rumah pada waktu malam oleh lelaki bersenjata yang menaiki sebuah motosikal, kata polis pada Khamis.

Majikan Ahmed Hussein-Suale mendakwa wartawan tersebut dibunuh.

Ahmed Hussein ditembak dua kali di dada dan sekali di leher pada jarak dekat semasa memandu di pinggir bandar Accra, iaitu lokasi tempat tinggalnya.

Menurut polis, mangsa mati di tempat kejadian.

Syarikat penerbitan berasaskan siasatan, Tiger Eye PI yang menjadi tempat Ahmed Hussein bekerja, berkata insiden itu dilakukan oleh penembak profesional.

"Kami menyeru agensi keselamatan untuk membongkar unsur-unsur di sebalik pembunuhan ini dan membawanya ke muka pengadilan," kata Tiger Eye PI.

Polis belum mengumumkan sebarang tangkapan dibuat.

Presiden Ghana Nana Akufo-Addo mengutuk pembunuhan itu dan berkata beliau mengharapkan agar pihak polis menangkap pembunuh terbabit secepat mungkin. - Brisbane Times

Fifa

Artikel Lain