Tiada gambar #10yearschallenge, Georgina tulis kata-kata romantik kepada Ronaldo - Sukan | mStar

Tiada gambar #10yearschallenge, Georgina tulis kata-kata romantik kepada Ronaldo

KETIKA orang ramai sibuk dengan gambar perbandingan menerusi cabaran terbaharu iaitu #10 Years Challenge, berbeza pula dengan tunang Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez.

Rodriguez meraikan kejayaan Ronaldo dengan memuatnaik gambar tunangnya itu sedang mencium trofi Suppercoppa Itali bersama pasukan Juventus di Instagram miliknya.

"Tahniah sayangku. Kami amat bangga dengan anda! @cristiano, sentiasa menjadi diri awak. Kami sayang kamu dan tahniah kepada pasukan Juventus," tulis ibu muda itu dalam kapsyen gambar yang dimuatnaiknya itu.

Ronaldo menjaringkan gol kemenangan Juventus ketika bertemu AC Milan sekali gus merekodkan gol ke-16nya bersama pasukan itu musim ini.

Selain memuatnaik gambar itu dengan mesej yang menyentuh hati, Georgina juga meraikan kemenangan bersama Ronaldo sebaik tamat perlawanan.

Di rumah pula, pasangan tersebut turut berkongsi kegembiraan itu bersama anak-anak mereka, Cristiano Ronaldo Jr, kembar Eva dan Mateo serta Alana.

Sebelum ini, Georgina terbuka berbicara mengenai dirinya yang bersedia untuk membina keluarga bersama Ronaldo.

"Saya suka kanak-kanak, alam sekitar, haiwan. Saya suka seekor kucing yang menjadi teman baik saya.

"Saya suka dikelilingi orang yang menjadi inspirasi kepada saya untuk menjadi individu terbaik setiap hari dan mereka yang membawa semangat yang baik," katanya.

Pada November lalu, Ronaldo dilaporkan melamar Georgina untuk dijadikan suri hatinya.

Wanita jelita dari Sepanyol itu telah berkata 'ya' kepada Ronaldo dan mula mencuba beberapa busana pengantin, dakwa akhbar terlaris Portugal, Correio da Manha.

Pasangan itu dirakam memakai cincin Cartier baharu ketika majlis makan malam romantik di London baru-baru ini. - US.hola.com

Artikel Sebelum

"Saya luah perasaan bukan menuduh" - Irfan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain