suria

Pemain, staf Manchester United mahu Solskjaer jadi pengurus tetap

SEMUA pemain dan staf Manchester United mahu Ole Gunnar Solskjaer dikekalkan sebagai pengurus tetap di Old Trafford.

Prestasi skuad Red Devils berubah sebaik sahaja Solskjaer mengambil pengurusan selepas Jose Mourinho dipecat.

Bekas penyerang United berusia 45 tahun itu berjaya merakam enam kemenangan semua enam perlawanan selepas tiba dari Molde secara pinjaman bulan lalu.

Difahamkan barisan jurulatih juga turut berharap supaya Solskjaer dilantik secara tetap bukan hanya sehingga tamat musim ini.

Ia berikutan perubahan mendadak, perasaan positif di sekitar Old Trafford sejak kehadiran pengendali kelahiran dari Norway itu.

United sebelum ini berpendirian bahawa Solskjaer merupakan pengurus sementara, namun kini dia merupakan pesaing utama untuk mendapatkan tugas itu secara kekal walaupun Mauricio Pochettino masih menjadi pilihan utama jika jurulatih itu bersetuju meninggalkan Spurs.

Suasana harmoni jelas kelihatan dalam pasukan dan staf United apabila mereka sama-sama meraikan kemenangan di bilik persalinan Ahad lalu selepas menumpaskan Spurs.

Artikel Lain