PFA janji langsaikan gaji tertunggak pemain dalam 60 hari - Sukan | mStar

PFA janji langsaikan gaji tertunggak pemain dalam 60 hari

KANGAR: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) akan menyelesaikan gaji tertunggak pemain-pemainnya dalam tempoh yang ditetapkan Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presidennya Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie (gambar) berkata tempoh 60 hari yang diberikan mencukupi untuk PFA menyelesaikan bayaran tertunggak kepada para pemain.

“PFA sudah melantik peguam untuk menyelesaikan masalah ini dan saya akan menemui FAM dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.

MFL dalam satu kenyataan semalam mengesahkan skuad Singa Utara itu boleh beraksi dalam Liga Premier (Liga Perdana) 2019 namun perlu menyelesaikan tunggakkan gaji pemain-pemainnya.

Menurut MFL sekiranya PFA gagal, skuad kendalian Manzoor Azwira Abd Wahid itu tidak akan diberi dana FAM dan MFL untuk musim depan dan wang berkenaan akan digunakan membayar tunggakan gaji pemain.

Mengenai pembelian pemain Kedah Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Ahmad Amizal Shaifit berkata PFA telah menutup pintu rundingan kerana kos yang perlu dijelaskan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak  mampu  dijelaskan oleh PFA.

Sementara itu Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dalam kenyataan Facebooknya malam tadi  memaklumkan  kerajaan negeri memperuntukkan RM2.5 juta bagi membaiki dan menaiktaraf lampu Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar. - Bernama

PFA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain