suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sathianathan tinggalkan Felda United

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Felda United, B. Sathianathan sah tidak akan mengendalikan pasukan berkenaan dalam saingan Liga Malaysia pada musim depan.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu mendedahkan beliau mengambil keputusan tersebut setelah pengurusan pasukan memutuskan untuk memotong gaji beliau sehingga 60 peratus selain mengurangkan bajet untuk mendapatkan pemain berkualiti.

Sathianathan memaklumkan beliau sudah menyatakan keputusannya kepada pengurusan pasukan dalam satu perjumpaan baru-baru ini.

"Saya harus bersikap profesional dalam perkara ini kerana saya bekerja sepenuh masa sebagai jurulatih dan perlu menyara keluarga.

"Lebih mengecewakan saya, pengurusan Felda United turut mengurangkan bajet untuk saya mendapatkan pemain berkualiti bagi menghadapi Liga Super pada musim depan," katanya.

Sathianathan yang pernah mengendalikan beberapa pasukan tempatan sebelum ini menjelaskan, beliau tidak menyalahkan pengurusan Felda United yang membuat keputusan pengurangan bajet, sebaliknya fokus untuk meneruskan karier kejurulatihan bersama pasukan lain.

Beliau memaklumkan masih belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada mana-mana pasukan, namun mengakui ada mendengar khabar angin mengenai beberapa pasukan tempatan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Anak jati Perak itu berjaya membimbing Felda United muncul juara Liga Premier pada musim ini, sekali gus kembali beraksi dalam saingan Liga Super pada musim depan.

Sathianathan turut membantu skuad 'The Fighters' layak ke peringkat suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia pada musim ini. - BERNAMA

Sathianathan, Felda United

Artikel Lain