suria

MU tewas, Pogba sempat berswafoto bersama beg cenderamata pasukan lawan

Pogba kelihatan sugul selepas kekalahan MU.

BIARPUN pasukan Manchester United (MU) tewas dalam perlawanan menentang Juventus, Paul Pogba masih lagi mampu tersenyum.

Namun, jauh di sudut hati Pogba, dia pastinya sedih kerana dia pernah bermain untuk Juventus suatu ketika dahulu.

Dalam perlawanan itu, Juventus membenam MU dengan jaringan tunggal perlawanan, 1-0.

Sejurus kekalahan itu, Pogba dilihat memegang beg cenderamata Juventus yang berwarna putih menerusi sekeping foto di Instagram.

Dalam foto itu, dia bersama dengan Cuadrado yang pernah bermain dengannya sewaktu tahun 2015 hingga 2016.

Foto yang dimuat naik ke laman Instagram.

"Ianya sentiasa seronok untuk bertemu kamu Panita (Pogba), " tulis Cuadrado dalam kapsyen di Instagram.

Terdahulu, Cuadrado bersama pasukannya ternasuklah Cristiano Ronaldo turun beraksi selama 81 minit sehingga Paulo Dyabala menghasilkan jaringan kemenangan untuk mereka.

Berbeza dengan Pogba yang kalah dengan pasukan lamanya, Ronaldo pula berjaya membenam pasukan lamanya, MU dalam perlawanan itu yang berlangsung di Old Trafford.

Malah, Ronaldo turut menjadi perhatian ramai pada saingan itu susulan dakwaan rogol ke atasnya yang masih hangat diperkatakan.- DailyMail.

Artikel Lain