suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo jadi tumpuan utama sewaktu Juventus tewaskan MU di Old Trafford

BIARPUN sedang terpalit dengan dakwaan rogol, Cristiano Ronaldo nampaknya tidak terkesan dan dia kelihatan gembira sewaktu turun beraksi.

Dalam perlawanan terbaharu, Ronaldo bersama pasukan Juventus turun menentang kelab lamanya, Manchester United.

Kedatangan Ronaldo ke Old Trafford nampaknya membuahkan hasil apabila pasukannya mendahului perlawanan dengan kemenangan 1-0.

Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh Paulo Dybala pada minit ke-17.

Sewaktu perlawanan itu, Ronaldo sememangnya menjadi tumpuan ramai.

Dia bukan sahaja menerima sokongan oleh peminat Juventus, malah peminat Machester United turut mengalu-alukan kedatangannya.

Dia sebelum ini pernah menabur bakti selama enam tahun dalam pasukan itu bermula 2003 hingga 2009.

Dalam pada itu, Juventus dan Manchester bakal bertembung sekali lagi di padang meneriso perlawanan di Allianz Stadium pada 7 November depan. - BBC.Com.

 

 

Cristiano Ronaldo, Juventus

Artikel Lain