suria

Rakan dedah perkataan sering disebut Ronaldo sebaik menyertai United

CRISTIANO Ronaldo kembali ke Old Trafford menjelang pertembungan menentang Juventus pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Pemain kebangsaan Portugal itu mencipta nama di England semasa memperkuat United pada 2003 hingga 2009.

Namun Ronaldo memerlukan sedikit masa semasa untuk menyesuaikan dirinya di England.

Beberapa penampilan pada musim pertamanya ada kalanya dilupakan kerana dia pemain muda yang mempunyai taktik menakjubkan tetapi gagal menemui penyudah terbaik.

Selepas itu, segalanya berubah. Ronaldo semakin berkeyakinan, menurut bekas rakan pasukannya, Quinton Fortune.

Pada minggu pertamanya selepas menyertai United dari Sporting Lisbon, Ronaldo sudah mengisytiharkan dirinya sebagai pemain terbaik.

Dalam satu temu bual Times menjelang kepulangan semula Ronaldo, Fortune mendedahkan perilaku penyerang sensasi itu semasa di bilik persalinan.

Cristiano Ronaldo.

"Dia akan datang kepada anda, menunjukkan dadanya dan berkata, "Saya lebih baik daripada anda" dan anda akan jadi seperti, "OK...".

"Saya masih lagi ingat dia berjalan ke bilik persalinan pada minggu pertama dan dia kata "Saya adalah yang terbaik", di hadapan Keane, Scholesy, Giggsy, Van Nistelrooy dan semua pemain hebat ini," katanya.

Tindakan Ronaldo itu mencetuskan gelak tawa di kalangan rakan pasukannya.

"Dia juga mempunyai beberapa pakaian dan peralatan sukan yang mengejutkan. Kasutnya, jumpernya, ia amat mengejutkan.

"Kami gantung semua itu di bilik persalinan supaya sesiapa sahaja boleh melihatnya selepas sesi latihan.

"Beberapa pakaiannya amat teruk dan beberapa pemain ketawa sehingga ada yang keluar air mata.

"Dia pernah memakai seluar paling ketat dan kami kata, Ronnie tolong jangan (pakai)! dan dia akan kata, "Ia Versace" atau "Ia Gucci" dan kami akan kata, "Kami tidak peduli!".

"Namun dia menanggalkannya. Saya tidak boleh kata sesuatu yang negatif mengenainya kerana dia sentiasa berusaha keras dan dia juga contoh kepada pemain muda di luar sana," kata Fortune. - caughtoffside.com

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

JDT perkasa Sains Sukan

Artikel Lain