suria

Walaupun Pogba bikin panas, Mourinho masih tunjuk rasa hormat pada pekerja hotel

Mourinho (kiri) berjabat tangan dengan seorang kakitangan hotel selepas pulang dari sesi latihan. Foto Eamonn and James Clarke

JOSE Mourinho mungkin tidak menerima sebarang penghormatan daripada pemain Paul Pogba ketika ini berikutan konflik yang melanda mereka, tetapi tidak bagi seorang pekerja hotel.

ARTIKEL BERKAITAN: Video Pogba-Mourinho perang mulut semasa sesi latihan tular

Keadaan yang jarang-jarang berlaku itu disaksikan di hotel The Lowry di Manchester. 

Selepas sesi latihan, Mourinho kembali ke tempat penginapannya di hotel sejak beliau menjadi pengurus Manchester United pada musim panas 2016.

Mourinho (kiri) memberi pelukan kepada seorang pekerja hotel. Foto Foto Eamonn and James Clarke

Sebalik keluar dari keretanya, dia memberikan pelukan kepada seorang kakitangan hotel sebelum memasuki lobi.

Kejadian itu berlaku selepas rakaman yang dipercayai perbualan 'panas' semasa sesi latihan di antara Mourinho dan Pogba tular. - Mail Online UK

Jose Mourinho, Paul Pogba

Artikel Berikut

Artikel Lain