Video Pogba-Mourinho perang mulut semasa sesi latihan tular - Sukan | mStar

Video Pogba-Mourinho perang mulut semasa sesi latihan tular

SEBUAH rakaman yang dipercayai perbualan 'panas' semasa sesi latihan di antara Jose Mourinho dan Paul Pogba tular di media sosial.

Keretakan hubungan mereka sudah diketahui umum dan keadaan menjadi lebih tegang susulan kenyataan Pogba susulan keputusan seri 1-1 dengan Wolves pada hujung minggu.

Penyerang sensasi Perancis itu mengkritik pendekatan diketengahkan Mourinho dengan berkata United sepatutnya melakukan serangan demi serangan ketika beraksi di Old Trafford.

Mourinho dalam respons balasnya mengesahkan telah melucutkan jawatan naib kapten yang disandang Pogba selepas pasukannya tewas menerusi sepakan penalti kepada Derby County pada aksi Piala Carabao, malam Selasa.

Tindakan drastik itu menjadi petunjuk bahawa situasi semakin meruncing selepas menilai rakaman semasa sesi latihan, pagi Rabu yang disiarkan Sky Sports di media sosial.

Sky Sports kemudian memuatnaik satu lagi video dengan suara yang menunjukkan Mourinho bertanya kepada salah seorang kakitangannya mengenai posting Pogba di Instagram.

Terdapat laporan mengatakan bahawa Pogba memberitahu Mourinho bahawa dia mahu menyertai Barcelona dengan United menetapkan harga 200 juta pound sterling terhadap pemain tengah itu.

Jose Mourinho , Paul Pogba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kante takut punca Hazard ledak gol kemenangan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain