suria

Kante takut punca Hazard ledak gol kemenangan

PENYERANG Chelsea, Eden Hazard dalam nada berseloroh berkata dia hanya menjaringkan gol ke atas Liverpool untuk menyelamatkan rakan pasukannya, N'Golo Kante yang enggan mengambil sepakan penalti.

Hazard menjaringkan gol kemenangan pasukan itu dalam aksi pusingan ketiga Piala Carabao di Anfield.

Namun pemain kebangsaan Belgium itu mengakui, perbualannya dengan Kante di bangku simpanan melonjak semangatnya untuk menjaringkan gol kemenangan Chelsea.

"Saya bercakap dengan N'Golo di bangku simpanan dan dia beritahu saya dia takut untuk mengambil sepakan penalti, jadi satu-satunya cara adalah dengan menjaringkan gol," katanya.

Kante diturunkan dari bangku simpan ketika pasukan itu ketinggalan dengan 0-1 sebelum Emerson menyamakan kedudukan 1-1.

Hazard akhirnya muncul penyelamat pasukan lawan apabila menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki lima minit.

N'Golo Kante, Eden Hazard, Liverpool

Artikel Lain