suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juventus mahu 'Ronaldo' versi muda, sasar bintang Man City

Leroy Sane. Foto AFP

PENGERUSI Juventus, Andrea Agnelli telah mengenal pasti bintang Manchester City, Leroy Sane sebagai sasaran perpindahan akan datang.

Kelab gergasi Serie A itu berhasrat untuk mendapatkan pemain sayap kelahiran Jerman itu ke dalam pasukan mereka.

Menurut media Itali, CalcioMercato, ia kerana Juventus mahu mendapatkan pemain 'Cristiano Ronaldo' versi muda.

Laporan itu turut mendakwa Juventus turut menyedari langkah tersebut tidak dapat dilaksanakan ketika ini, dengan merujuk kepada perbelanjaan bagi membawa masuk Ronaldo ke Itali awak musim panas lalu.

Mereka turut menyedari ia mungkin mengambil masa setahun atau dua tahun untuk memuktamadkan tawaran buat Sane, dengan bintang itu bernilai €150 juta (RM728.65 juta).

Bagaimanapun, mereka bersedia untuk menunggu bagi mendapatkan salah seorang bintang paling muda dalam dunia bola sepak. - Mail Online UK

Leroy Sane, Juventus

Artikel Sebelum

"Pengadil bunuh permainan kami"

Artikel Berikut

Doa netizen buat Chong Wei

Artikel Lain