Mourinho akan dipecat jika Man United kalah lagi? - Sukan | mStar

Mourinho akan dipecat jika Man United kalah lagi?

Jose Mourinho. Foto AFP

PEMAIN dan kakitangan Manchester United percaya Jose Mourinho boleh dipecat sekiranya pasukan itu meneruskan kekalahan di Burnley pada Ahad.

Ramalan mengenai ketua eksekutif Manchester United, Ed Woodward akan memecat Mourinho hangat diperkatakan berikutan kelab itu tewas dua kali berturut-turut kepada Brighton dan Tottenham.

Ia merupakan suasana yang menyelubungi hari-hari terakhir pengurus pasukan terdahulu, Louis van Gaal pada 2016 sebelum beliau digantikan dengan Mourinho.

Para pemain kini meramalkan kemungkinan Zinedine Zidana bakal menjadi pengurus baharu kelab itu.

"Mereka mengatakan Jose akan pergi tidak lama lagi," kata sumber kepada Sportsmail pada malam Selasa. 

"Ada yang fikir dia akan keluar jika mereka kalah di Burnley. Orang lain melihat dia tidak akan dapat bertahan selepas September.

"Kami telah melihat keadaan yang sama sebelum ini. Kelab itu akan mengatakan ia menyokong Jose tetapi kita semua melihat apa yang telah berlaku pada Louis.

"Pemain sudah bercakap mengenai kemungkinan Zidane akan tiba ke sini," katanya. - Mail Online UK

Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gandingan Mun Yee-Dhabitah raih gangsa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain