TMJ dedah punca ketua jurulatih bertukar ganti - Sukan | mStar

TMJ dedah punca ketua jurulatih bertukar ganti

PETALING JAYA: Johor Darul Ta'zim (JDT) antara kelab yang paling cemerlang dalam Liga Malaysia.

Dengan gelaran juara Liga Super buat kali kelima berturut-turut, tidak hairanlah ketua jurulatihnya sentiasa bertukar wajah sejak diambil alih Tunku Muda Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada tahun 2013.

Tunku Ismail memberitahu punca JDT asyik bertukar jurulatih adalah kerana pasukan itu mempunyai falsafah dan inovasi berkenaan bola sepak moden.

"Apabila kita lihat jurulatih tidak dapat melaksanakan falsafah kelab seperti mana sepatutnya, kita perlu tukar jurulatih tersebut.

"Memang betul JDT sentiasa bertukar jurulatih, daripada Fandi Ahmad sehingga ke hari ini.

"Tetapi falsafah dan polisi masih sama iaitu perlu menang setiap perlawanan, perlu ada ‘tactical awareness’ seperti apa yang pernah jadi di Jepun dan China.

"Cuba serap perkara lain daripada yang lain daripada bola sepak disini," jelasnya dalam satu bual santai secara langsung menerusi Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin.

Tambah Tunku Ismail, sebab lain jurulatih dipecat adalah kerana seseorang itu tidak boleh menerima pengetahuan baharu berkenaan bola sepak moden.

"Juga apabila kita lihat pemain sudah mula selesa dengan jurulatih dan mula lewat datang latihan, disebabkan jurulatih gagal menjaga disiplin pemain maka itu juga antara sebab mengapa kita tukar jurulatih," ujarnya.

Rekod ketua jurulatih JDT (bermula 2013):

1.Fandi Ahmad (Singapura) 2012-2013

2.Azmi Mohamed (Malaysia) 2013 (sementara)

3.César Ferrando (Sepanyol) Dec 2013-April 2014

4.Bojan Hodak (Croatia) 10 April 2014

5.Mario Gómez (Argentina) 26 April 2015 -18 Januari 2017

6.Benjamin Mora (Mexico) 18 Januari 2017 - 18 Jun 2017

7. Ulisses Morais (Portugal) 19 Jun 2017-25 Februari 2018

8. Raúl Longhi  (Argentina) -sementara 26 Februari - 9 Ogos 2018

9.Luciano Figueroa (Argentina) 9 Ogos 2018 sehingga kini

Tunku Ismail , JDT , ketua jurulatih

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel