suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skuad berbasikal lakar rekod baharu Sukan Asia

JAKARTA: Skuad berbasikal trek negara mempamerkan kayuhan cemerlang selepas melakar rekod baharu Sukan Asia pada pusingan kelayakan acara pecut berpasukan lelaki di Velodrom Antarabangsa Jakarta, di sini, Isnin.

Trio negara diketuai pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016, Mohd Azizulhasni Awang bersama Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis melakar masa 43.934 saat, sekaligus memadam rekod terdahulu iaitu 44.406 saat yang dicipta pasukan China pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

Pasukan China menduduki tangga kedua dengan catatan 43.996 saat, manakala Korea Selatan berada di tangga ketiga selepas melakar 44.224 saat.- Bernama

Skuad Berbasikal, Sukan Asia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain