suria

Maguire akur keputusan kelab, hanya fokus Leicester

PEMAIN pertahanan Leicester City, Harry Maguire menghormati keputusan kelabnya yang menghalang berpindah ke pasukan lain.

Pemain kebangsaan England itu menjadi sebutan selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika saingan Piala Dunia Jun lalu.

Maguire sebelum ini disebut menjadi pilihan bos Manchester United, Jose Mourinho namun, Leicester menolak tawaran tersebut.

Pemain berusia 25 tahun itu menyedari sahamnya meningkat, namun dia memutuskan fokus di Leicester.

"Saya hanya mahu berada di padang, sama ada untuk orang lain mahupun buat Leicester.

"Ia sentiada akan menajdi menarik selepas musim panas serta pasukan mencatat pencapaian terbaik di Rusia, namun pemilik kelab menegaskan saya bukan untuk dijual dan menghormati keputusan mereka.

"Mereka memberi peluang kepada saya untuk bermain di kelab ini, yang merupakan sebuah kelan yang bagus dan cerah.

"Selepas itu, fikiran saya hanya menfokuskan Leicester sahaja.

"Saya sangat bercita-cita dan kami mempunyai skuad yang berkemampuan. Jika kami bersama, kami akan menjadi pencabar musim ini," ujarnya. - Onefootball.

Harry Maguire, Leicester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain