suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sarri kritik taktik Benitez

MAURIZIO Sarri meluahkan rasa kesal dengan taktik pengurus Newcastle, Rafa Benitez meskipun Chelsea meraih kemenangan 2-1 di St James Park, malam Ahad.

Sarri berkata, beliau terkejut dengan pendekatan pertahanan digunakan Benitez ketika Newcastle meletakkan sembilan pemain di bahagian bawah dan hanya mempertaruhkan seorang penyerang.

“Kami tahu ia akan menjadi perlawanan sukar bagi kami dan setiap pasukan yang datang ke sini.

“Tetapi ia lebih sukar kerana di Itali, saya tidak pernah melihat Rafa bermain dengan lima pemain pertahanan di belakang,” kata Sarri.

Pengendali dari Itali itu yang baru tiba di Stamford Bridge pada musim panas ini meninggalkan kerjayanya di Napoli dengan mencipta kejayaan selepas menggantikan Benitez.

“Ia bermakna kita perlu menggerakkan bola dengan cepat,” katanya.

Maurizio Sarri, Rafael Benitez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain