Objektif kami kejar Manchester City - Emery - Sukan | mStar

Objektif kami kejar Manchester City - Emery

UNAI Emery meminta pemain-pemainnya supaya tidak gentar dengan Manchester City.

Pengendali baharu skuad The Gunners itu berharap agar mereka dapat mengatasi City yang bergelar juara Liga Perdana musim ini di bawah pengurusan Pep Guardiola.

Pengurus kelahiran Sepanyol itu dilantik secara rasminya menggantikan legasi 22 tahun Arsene Wenger pada Rabu dengan tiga tahun kontrak.

Biarpun diberi bajet yang terhad untuk musim depan, bekas jurulatih Paris Saint Germain itu yakin skuadnya boleh melangkaui tahap elit dalam bola sepak English.

"Ini adalah objektif kami (mengejar Manchester City). Arsenal merupakan kelab yang hebat dengan personaliti dan identiti tersendiri dan saya percaya mereka telah menunjukkan kepercayaan itu," ujar Emery.

"Apa yang kami mahukan supaya tidak ada perasaan takut kepada semua pasukan dalam liga atau Eropah dan objektif kami adalah untuk menjadi yang terbaik dan menewaskan yang terbaik."

Arsenal , The Gunners , Unai Emery

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ancelotti bimbing Napoli

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain