Farah Ann harap ke final di Gold Coast - Sukan | mStar

Farah Ann harap ke final di Gold Coast

GOLD COAST: Ratu gimnastik  negara, Farah Ann Abdul Hadi  berharap  beliau  mampu  layak ke acara all-around individu dan mara ke final dalam  salah satu acara di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Gimnas berusia 24 tahun itu akan menyertai acara berpasukan bersama Tan Ing Yueh, Nur Azira Aziri dan Geanie Ng akan bertanding dalam acara empat aparatus, melombol, palang bertingkat, alang imbangan dan acara senaman lantai.

“Ia sungguh hebat, ini Sukan Komanwel ketiga saya, jadi saya amat gembira. Kali ini saya ingin menikmati suasana di sini dan beraksi dengan baik,” katanya.  

Farah mengetuai pasukan negara ke tempat kelapan dalam Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, dan beliau adalah anggota  pasukan yang mendapat tempat keempat di Sukan Komanwel 2010 New Delhi.

Gimnas lelaki Jeremiah Loo dan Tan Fu Jie akan mula beraksi  dalam  acara  pusingan   kelayakan  individu  pada Khamis.   

Mereka tidak akan terlibat dalam acara berpasukan. - Bernama

Farah Ann , Sukan Komanwel 2018

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain