suria

TMJ Terima Aston Martin Selepas Pemain Julang Piala Sumbangsih

Kereta Aston Martin yang dihadiahkan kepada Tunku Ismail dianggarkan bernilai RM1.4 juta. - Facebook

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima hadiah istimewa berupa kereta mewah sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang kembali Piala Sumbangsih pada Sabtu lalu.

Kereta jenama Aston Martin yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta itu dihadiahkan oleh barisan pemain dan kejurulatihan JDT kepada Tunku Ismail sebagai penghargaan dalam menjuarai piala ke-10 pasukan itu.

Warna merah biru dipilih menjadi konsep kereta tersebut yang melambangkan bendera Johor.

Kenyataan mengenai hadiah itu dimuat naik menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers pada petang Ahad.

Seorang pengguna Facebook, @Matt Adil berkata: "Ini bukti pengurusan kelab terbaik, hinggakan pemain dan barisan kejurulatihan pun mampu hadiahkan owner kelab sebuah kereta dengan harga ratusan ribu ringgit.

"Kalau pengurusan kelab tak bagus, gaji selalu culas dibayar, jangankan kata nak bagi hadiah pada orang lain..pemain nak bayar kereta sendiri dekat bank pun sangkut," tulisnya.

Jurulatih pasukan JDT, Ulisses Morais bersama Kapten JDT, Safiq Rahim menjulang piala Sumbangsih 2018 pada malam Sabtu. - Bernama

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Sabtu malam itu, skuad Ramon Marcote berjaya membuka jaringan minit ke-15 menerusi Pablo Pallares.

Bagaimanapun, JDT yang tampil selaku juara Liga Super dan Piala Malaysia 2017 mempamerkan permainan lebih lancar dalam melakukan serangan.

Skuad Kedah yang turun selaku juara bertahan sukar mencari ruang terbaik bagi menyamakan jaringan sehingga wisel akhir ditiup.

Untuk rekod, JDT berjaya membawa balik trofi pembukaan Liga Malaysia tahun ini selepas meraihnya untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2015 dan 2016.

Aston Martin, JDT, TMJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain