suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penalti Kedua Kane, Gol Salah Penyelamat The Reds

ANFIELD: Peluang mengambil sepakan penalti kedua penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane hanya beberapa minit sebelum berakhirnya perlawanan memberi pasukannya satu mata di Anfield dalam pertemuan yang berkesudahan seri 2-2.

Liverpool mendahului bagi majoriti permainan namun selepas pemain pertahanan Virgil Van Dijk melanggar Erik Lamela, pengadil Jon Moss meniup wisel bagi memberi penalti kepada Spurs.

The Reds mendahului seawal minit ke-3 apabila penyerangnya Mohamad Salah menjaringkan gol selepas Eric Dier melakukan kesilapan.

Namun, Spurs kembali mengikat kedudukan selepas Victor Wanyama menyumbat masuk gol pada minit ke-80.

Bagaimanapun, dalam minit-minit terakhir, penjaga gol Liverpool, Louis Karius dapat menyelamatkan penalti pertama Kane sebelum Salah menjaringkan gol pada minit pertama masa kecederaan.

Nyata kelebihan itu tidak kekal lama selepas Kane diberikan peluang dengan penalti kedua perlawanan untuk menyamakan kedudukan, sekali gus memberi satu mata untuk setiap pasukan.

Keputusan tersebut mengekalkan Liverpool di tempat ketiga dalam Liga Perdana Inggeris, manakala Spurs berada pada kedudukan kelima.

The Reds, Kane

Artikel Sebelum

Artikel Lain