suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanchez Lengkapi Barisan Depan United - Mourinho

Alexis Sánchez mempamerkan aksinya menerusi gol pertama buat United di Old Trafford.-Reuters

JOSE Mourinho telah memutuskan untuk tidak menandatangani seorang pemain penyerang pada musim depan dan yakin telah menghimpunkan barisan hadapan Manchester United yang mampu merebut trofi kemenangan.

Namun, dia mengakui bahawa dia harus memikirkan aspek dinamik serangan permainan selepas Alexis Sánchez mempamerkan aksinya menerusi gol pertama buat United di Old Trafford.

Mourinho turut menyingkirkan Anthony Martial dari barisan hadapan, Juan Mata lebih suka di posisis kanan, dengan pemain antarabangsa Perancis dan Marcus Rashford diperkenalkan pada babak kedua.

Zlatan Ibrahimovic pula baru pulih daripada kecederaan lutut, namun terpaksa berehat daripada lima perlawanan pada musim ini dan dijangka akan meninggalkan pasukan itu tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Mourinho berkata, kebolehan yang dimiliki Sánchez menjadikan dia tidak perlu meneruskan pembelian pemain penyerang lain apabila tingkap perpindahan dibuka nanti.

"Tepat sekali, itulah objektifnya," katanya ketika ditanya mengenai pelbagai posisi yang diambil oleh pemain Chile itu pada Sabtu, termasuk sebagai penyerang utama.

Mourinho percaya dia mempunyai barisan pemain hadapan yang mampu beraksi dalam beberapa posisi.

"Kami ada Alexis, Lukaku, Martial, Rashford. Rashford boleh bermain di sebelah kiri dan kanan, Alexis juga sama.

"Kesemua mereka, selain Lukaku boleh bermain dari belakang sebagai penyerang kedua. Itulah sebabnya saya mengatakan bahawa ia tidak baik untuk anda (media) kerana anda suka menulis dan membuat spekulasi, tetapi saya tidak mahu pemain penyerang.

"Jadi jangan cakap tentang pemain penyerang yang akan menyertai kelab ini kerana tiada siapa yang akan datang ke sini," tegasnya. - The Guardian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain