suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Alami Kekalahan Pertama Kejohanan Futsal AFC

KUALA LUMPUR: Malaysia mengalami kekalahan pertama dalam Kejohanan Futsal AFC 2018 selepas tewas kepada tuan rumah Taiwan, 4-5, di dalam perlawanan kedua Kumpulan A di Gimnasium Xinzhuang, Taipei, Taiwan pada Sabtu.

Dalam perlawanan itu, Taiwan mendahului 2-0 pada separuh masa pertama  menerusi  jaringan  Lai Ming-Hui pada minit kelapan dan Lin Chih-Hung, lima minit kemudian, menurut laman sesawang  Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),  www.the-afc.com.  Tuan rumah kemudiannya menambah tiga lagi gol menerusi Chi Sheng-Fa dan Chih-Hung.

Malaysia yang menewaskan Vietnam 2-1 dalam perlawanan pembukaan pada Khamis, bagaimanapun  berjaya mengurangkan  jurang dengan empat jaringan menerusi Azwann Ismail pada minit ke-27, Awalluddin  Mat Nawi (minit ke-33 dan ke-36) dan Khairul Effendy Bahrin dalam minit  ke-38.

Malaysia akan mengakhiri perlawanan peringkat awal menentang Bahrain pada Isnin di Gimnasium  University of Taipei.

Terdahulu, Vietnam menewaskan Bahrain, 2-1 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A di gelanggang yang sama. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain