suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh Sepanduk Sanchez Di Old Trafford

Sepanduk yang memaparkan wajah Alexis Sanchex bersama dua 'rakan baik'nya di Old Trafford. Foto Philip Olham/ BPI/REX/Shutterstock

MANCHESTER United dilihat mengalu-alukan Alexis Sanchez semasa penampilan sulungnya menerusi sepanduk untuk pemain itu bersama dua anjing perliharaannya, Atom dan Humber.

Sepanduk itu diperkenalkan sejurus selepas waktu rehat dan kemudiannya mencetuskan kekecohan dalam kalangan penyokong di media sosial yang menyifatkannya sebagai sesuatu yang memalukan.

Bagaimanapun, dalam masa beberapa minit ia dibentangkan, sepanduk itu ditarik balik oleh seorang petugas yang lebih menyaksikan tindakan itu melegakan sebahagian penyokong kelab.

Pemain kelahiran Chile itu begitu sayangkan dua anjing perliharaannya dan merujuk kedua-duanya sebagai 'rakan baik' sehingga menarik perhatian ramai sejak beliau berpindah ke Old Trafford.

Ketiga-tiga mereka mempunyai sepanduk sendiri di Emirates semasa Sanchez di Arsenal, namun tindakan petugas menanggalkan sepanduk itu menunjukkan Manchester United tidak mengikut amalan tersebut.

Bagaimanapun, Sanches mempunyai alasan tersendiri untuk bersorak apabila beliau menjaringkan gol pertamanya buat Manchester United dalam perlawanan menentang Huddersfield. - Mail Online


Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain