suria

Kenyataan Rasis, West Ham Pecat Henry

Henry (kanan).

WEST Ham United mengambil langkah serta mereta selepas mendapat pengarah pemilihan pemainnya menimbulkan kenyataan rasis.

Mengikut laporan Daily Mail, Tony Henry memberitahu, kelab mengehadkan pengambilan pemain Afrika kerana 'mempunyai perangai buruk' dan menimbulkan kacau bilau apabila tidak berada di dalam skuad.

"West Ham United hari ini telah menamatkan kontrak Pengarah Pengambilan Pemain, Tony Henry dengan segera berikutan komen yang tidak boleh diterima seperti yang dilaporkan di media.

"Keputusan yang dibuat berdasarkan siasatan.

"West Ham United tidak akan bertoleransi dengan apa sahaja diskriminasi.

"West Ham United adallah satu keluarga termasuk jantina, umur, kemampuan, bangsa, agama, orientasi seks - semua orang dialu-alukan.

"Pada Jumaat, West Ham dan FA melancarkan siasatan mengenai isu yang timbul itu.

Henry menyertai West Ham pada tahun 2014 dan sebelum itu bekerja untuk Everton, Sunderland dan Chelsea.

Terdapat enam orang pemain Afrika dalam skuad ini - Cheikhou Kouyate, Pedro Obiang, Joao Mario, Angelo Ogbonna, Arthur Masuaku dan Edimilson Fernandes.

Kouyate memuat naik status di laman lnstagramnya; "African and proud".

Posting tersebut turut mendapat tanda sukan oleh rakan sepasukannya Obiang, Masuaku, Manuel Lanzini dan Adrian.

West Ham, Tony Henry

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Denis Law Kembali Ke Old Trafford

Artikel Lain