suria

Pengarah Akademi Disiasat Cuba Mandi Dengan Pemain

CRYSTAL Palace menggantung Pengarah Akademi, Gary Issott kerana dituduh berkelakuan tidak senonoh.

Kelab menjalankan siasatan terhadap dakwaan Issot yang cuba mandi bersama beberapa pemain Bawah 18 Tahun di tempat lawan awal musim ini.

Difahamkan hanya satu bilik mandi sahaja yang terletak di tempat lawan itu.


Butiran terperinci telah diserahkan kepada ketua keselamatan kelab, Marcus Puddephatt dan dipanjangkan kepada ahli lembaga Crystal Palace.

Tidak ada dakwaan mengenai Issot melakukan sebarang sentuhan fizikal terhadap pemain.

Penggantungan Issot telah dimaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak England (FA) awal bulan ini selepas staf kelab mendengar perbualan dua pemain akademi berkaitan insiden tersebut.

Crystal Palace, Pegarah Akademi

Artikel Sebelum

Denis Law Kembali Ke Old Trafford

Artikel Berikut

Artikel Lain