suria

Denis Law Kembali Ke Old Trafford

Foto: Cavendish Press

BEKAS pemain legenda Manchester United Denis Law tiba mengejut di Old Trafford.

Ikon Old Trafford itu dilihat tiba di pusat latihan Carrington menjelang perlawanan skuad Jose Mourinho bertemu Huddersfield pada Sabtu ini.

Bekas pemain antarabangsa Scotland itu merakam 237 gol dalam 404 perlawanan sepanjang sebelas tahun setia bersama Red Devils pada tahun 60-an dan 70-an.

Law dikatakan hadir bertemu pemain United untuk memberi semangat kepada mereka selepas Mourinho 'sakit kepala' dengan kekalahan mengejut 2-0 kepada Spurs (Khamis).

Malah kehadiran Law itu juga dikatakan untuk berkongsi tip kepada penyerang bagaimana untuk menjaringkan gol.

Law,78, menyarung jersi United pada 12 Julai 1962 dengan nilai perpindahan 110,000 pound dari Torino.

Denis Law

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain