suria

UFL Buka Sayap Baharu, Taja Pasukan Felda United

Radha (kanak) menyerahkan replika tajaan kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad

PETALING JAYA: Buat julung kalinya Universal Fitness and Leisure Sdn Bhd (UFL) melebarkan sayapnya dalam sukan negara sebagai penaja jersi rasmi pasukan bola sepak Liga Malaysia 2018.

Pengarah Urusan UFL Datuk Radha Krishnan berkata perbincangan dengan Felda United telah dibuat sejak musim lalu dan banyak faktor membuatkan pihaknya memilih pasukan tersebut.

"Walaupun Felda United diturunkan ke Liga Perdana, kami tetap meneruskan kerjasama ini kerana kelab ini mempunyai program akar umbi yang baik.

"Banyak program yang mereka sediakan dan membuatkan kami yakin Felda United adalah kelab yang tepat untuk kami teruskan tajaan bernilai RM400 ribu setahun.

"Tajaan selama setahun ini meliputi pakaian, peralatan latihan untuk pasukan utama, pasukan bawah 19 dan 21 tahun serta pasukan futsal Felda lelaki dan wanita," ujarnya.

Barisan pemain dan jurulatih Felda United 2018.

Dalam pada itu, Radha berharap Felda United akan kembali ke saingan Liga Super musim depan.

"Mereka mempunyai pemain yang hebat dan kami yakin skuad ini akan boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik.

"Sekiranya mereka berjaya ke Liga Super, kami akan menilai kembali kontrak tajaan untuk kelab ini.

"Ini merupakan kali pertama UFL menerusi jenama pakaian FBT menaja sebuah pasukan bola sepak. Sebelum ini kita taja dua pemain sahaja (Misc-Mifa).

"Dan tahun depan kita akan membuka tajaan untuk pasukan lain," jelasnya yang turut menjadi penaja rasmi pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

UFL, Felda United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain