suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah Ozil Kekal Di Arsenal

Ozil (kanan) semasa menandatangani kontrak baharu bersama Wenger (kiri). Foto Twitter Mesut Ozil

MESUT Ozil mengesahkan beliau kekal di Arsenal selepas menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun di Stadium Emirates.

Sportsmail secara eksklusif mendedahkan pada Disember lalu bahawa Gunners telah membuat cara terakhir untuk mendapatkan Ozil supaya menandatangani kontrak.

Percubaan mereka terbukti berjaya apabile pemain kelahiran Jerman itu bersetuju dengan perjanjian berkenaan.

Ia sekali gus menjadikan Ozil sebagai salah seorang pemain yang mempunyai bayaran terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini, Ozil dan Alexis Sanchez dijangka meninggalkan Arsenal pada musim panas apabila kontrak mereka tamat.

Bagaimanapun, Ozil terus kekal di Gunner.

Beliau mengesahkan berita itu menerusi kenyataan di Twitter yang mengatakan dia 'rasa di rumah' di Arsenal, sambil memuat naik gambarnya menandatangani kontraknya, duduk di sebelah pengurus, Arsene Wenger. - Mail Online

Mesut Ozil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mahrez Kena Denda

Artikel Lain