suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tottenham Semakin Galak, United Pula Merosot

TOTTENHAM hanya memerlukan masa 11 saat untuk menjaringkan gol dan tujuh minit untuk menggantikan Marouane Fellaini.

Tottenham kini mendaki kedudukan semakin baik menjadikan empat pasukan teratas di depannya semakin tergugat, sementara Manchester United telah merosot sebanyak 15 mata di belakang Manchester City.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Harry Kane telah mensia-siakan peluang yang ada pada perlawanan tersebut.

Dia tersilap langkah dengan mempamerkan taktik yang jarang dilihat.

Sekiranya, Tottenham menjadi lebih teknikal di hadapan gawang, situasi itu mungkin akan jadi lebih memalukan.

Perlawanan itu juga sudah tentu menjadi malam yang ingin dilupakan oleh Fellaini kerana mengalami kecederaan lutut.

Ada yang menganggap langkah menggantikan Fellaini adalah taktik penyingkiran yang sengaja dirancang oleh Jose Mourinho.

Jurulatih itu membawa masuk pemain tersebut ke padang pada minit ke-63 dan menggantikannya pada minit ke-70, sekaligus mencetuskan kontroversi bagi mengalihkan fokus terhadap perlawanan berkenaan.

Ia adalah kali kedua dalam 87 perlawanan yang memperlihatkan United tewas untuk mengalahkan pasukan lawannya lebih daripada satu gol penyamaan.

Tottenham akan mara ke kedudukan empat teratas jika mereka mampu memperoleh tiga mata di Anfield pada Ahad. - Daily Mail

Tottenham, Manchester United

Artikel Sebelum

PKNS FC Musim 2018 Ada Kelainan!

Artikel Berikut

Artikel Lain