suria

Tidak Mahu Pemain Afrika, West Ham Gantung Henry

Tony Henry

WEST Ham dilaporkan menggantungan tugas ketua pemilihan pemain itu apabila dikaitkan dengan kenyataan rasis.

Tony Henry digantung tugasnya apabila bekas pemain West Ham, Diafra Sakho mendakwa kelab itu tidak suka pemain berkulit hitam.

Dilaporkan juga Henry telah memberitahu semua ejen pemain bahawa kelabnya tidak mahu pemain Afrika ketika jendela perpindahan pemain pada Januari.

Isu yang timbul itu menyebab timbul krisis di antara pemain dan kelab.

West Ham akan melantik badan penyiasatan persendirian utnuk mengetuai siasatan kes ini, manakala Persatuan Bola Sepak England (FA) turut menjalani siasatannya sendiri.

Turut terdedah apabila Henry dilaporkan telah menghantar email kepada ejen-ejen pemain yang menyatakan kelab tidak mahu pemain Afrika.

Diafra Sakho

Malah dia juga turut membuat kenyataan di akhbar tindakan itu dibuat kerana sesetengah (pemain Afrika) mempunyai pengarai buruk dan 'punca kacau-bilau' apabila tidak berada dalam skuad.

Beberapa pemain memberi maklum balas di laman sosial.

Sakho memuat naik status di laman sosial, Snapchat.

"Mereka menipu orang. Mereka berpura-pura bahawa saya seorang yang jahat (karektor). Saya adalah 'singa' dan mereka takut.

"Kini semua orang sudah tahu kenapa saya meninggalkan kelab. Tunjukkan kepada semua penyokong kebenarannya. Mereka tidak mahu pemain kulit hitam. Seorang demi seorang tinggalkan kelab. Selamat berjaya kepada semua penyokong West Ham. Tidak lama lagi kita akan melihat kebenaran sebenar." -Dailymail

Tony Henry, West Ham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sah Ozil Kekal Di Arsenal

Artikel Lain