Rekaan Khas Buat Messi - Sukan | mStar

Rekaan Khas Buat Messi

JIKA sebelum ini bukan janggal untk Lionel Messi mencampakkan kasutnya ke arah peminat, amalan itu mungkin tidak akan dilakukannya jika dia memakai sepasang kasut yang istimewa ini.

Ia bukanlah direka Messi sendiri, sebaliknya hasil ilham seorang peminat pemain warganegara Argentina itu.

Menjadikan kasut Adidas itu unik ialah nombor jersi Messi, iaitu 10. Ia lebih istimewa apabila pada sisi kiri kasut kiri, tertera nama Anto yang merujuk kepada nama isteri Messi, Antonella.

Tidak ketinggalah, dua nama anak mereka, Thiago dan Mateo.

Untuk sisi kanan kasut itu pula tertera gambar Messi mengucup Antonella, selain dia bersama anak-anaknya.


Pada kasut sebelah kanan peminat itu memaparkan detik kegemilangan pemenang lima kali anugerah pemain terbaik dunia berkenaan.

Tidak ketinggalan gambar Messi meraikan kejayaannya menjaringkan gol kemenangan ketika menundukkan Real Madrid 3-2 pada April tahun lalu.

Kasut sebelah kanan itu juga didominasi warna merah dan biru sesuai dengan jersi Barcelona. Pada kasut kiri pula warna biru dan putih menonjol dan ia selaras dengan warna jersi pasukan kebangsaan Argentina.

Messi , Adidas

Artikel Sebelum

Neymar Kutuk Fesyen Rambut Coutinho

Artikel Berikut

AFC B-23: Malaysia Diaibkan Iraq

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain