suria

Penyerang Terbaik 2017 Sah Ke Selatan

PETALING JAYA: Penyerang Terbaik Liga Malaysia 2017, Shahrel Fikri Fauzi mengesahkan sudah mempunyai pasukan baharu menjelang musim 2018.

Pemain Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) yang masih segar menerima trofi Penyerang Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017) memberitahu kemungkinan besar akan berpindah ke kelab di selatan tanah air.

"Buat masa ini perancangan memang untuk ke Johor Darul Ta'zim II (JDT II). Cuma masih menunggu tawaran rasmi.

"Saya sudah memberi fokus bagi persiapan mental dan fizikal untuk bermain dengan kelab besar," ujarnya kepada mStar Online.

Shahrel yang kini berusia 23 tahun menjadi tumpuan pada saingan Liga Malaysia musim lalu mengakui perpindahan ke pasukan lain adalah untuk mencari pengalaman baharu.


Sebelum ini Shahrel mendedahkan sudah menerima beberapa tawaran daripada pasukan lain, namun belum mebuat keputusan lagi.

"Saya akan memilih pasukan yang sedia menebus kontrak saya bersama PKNP FC sehingga 2019," ujarnya ketika ditemui pada ABK baru-baru ini.

Dalam pada itu, anak sulung daripada limaberadik ini memberitahu, dia berazam untuk melakukan yang lebih baik lagi musim 2018.

"Azam 2018 adalah untuk menempatkan diri dalam barisan utama skuad Malaysia.

"Untuk itu saya perlu mencapai apa yang diinginkan dan meneruskan kecemerlangan sebelum ini," ujarnya penyokong kelab Manchester United ini.

Shahrel memberitahu, dia menjadikan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo sebagai idolanya kerana pemain itu bermula dari bawah.

"Kejayaan meraih trofi penyerang terbaik Liga Malaysia adalah langkah untuk merealisasikan impian saya untuk lebih berjaya.

"Sebelum ini saya juga terpilih sebagai penyerang terbaik dalam Liga FAM sebelum ke Liga Perdana," tambahnya.

Sharel Fikri, PKNP FC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Menang 5-0, Conte Puji Pemain

Artikel Lain