suria

Keputusan Seri, United Diboo Penyokong Sendiri

PENUTUP 2017 yang kurang baik buat Manchester United apabila 'tergelincir' ke kedudukan ketiga Liga Perdana selepas aksi seri 0-0 ke atas Southampton awal pagi Ahad.

Percaturan bijak skuad pelawat ke Old Trafford menyukarkan anak buah Jose Mourinho mencatat tiga mata penuh.

Keputusan tersebut menjadikan Saint mara ke tangga ke-15 liga dan menjadikan United bertukar kedudukan dengan Chelsea untuk berada di tangga kedua.

Lima minit selepas permainan bermula, penyerang kesayangan Mourinho, Romelu Lukaku terpaksa diusung keluar gara-gara terhantuk dengan kepala pemain lawan.

Keputusan itu menyebabkan skuad United  'diboo' oleh penyokong yang hadir dan ianya adalah catatan seri ketiga berturut-turut.

Lebih malang lagi  buat United, Mourinh mengesahkan Zlatan Ibrahimovic bakal diketepikan sebulan lagi kerana kembali cedera.

Bekas bintang United, Paul Scholes turut mengkritik perlawanan tersebut.

"United kelihatan sepeti pasukan letih. Mereka seolah-olah bermain 50 atau 60 perlawanan musim ini dan kita sudah separuh 'perjalanan'.

"Mereka perlu kembali bangkit kerana kedudukan keempat terbaik tidak boleh dijamin pada saat ini.

"Mereka perlu fokus dan mencari tenaga dan pengurus perlu mendengar.

"Pemain di luar prestasi dan mungkin juga dengan pengurus. Situasi ini berterusan dan pengurus tidak mengambil tanggungjawab mengenainya," ujar Scholes.

Manchester United

Artikel Sebelum

Menang 5-0, Conte Puji Pemain

Artikel Berikut