suria

Simeone Lebih Penting Daripada Griezmann

Antoine Griezmann

DIEGO Simeone lebih penting di Atletico Madrid.

Ketua Eksekutif Atletico Madrid, Miguel Angel Gil Marin memberitahu bahawa pengurus Diego Simeone itu lebih penting berbanding Antoine Griezmann.

Penyerang Perancis itu dianggap aset di Atletico dari segi sudut kewangan kelab dan Madrid menolak tawaran daripada Barcelona, walaupun Gil Marin mengaku pendahulu La Liga itu sudah menghubungi pemain itu sendiri.

Atletico mendapati Barca melakukan 'jalan salah' mendekati pemainnya dan mengakui akan menyimpan Griezmann sekurang-kurangnya akhir musim ini.

Miguel Angel Gil Marin

Griezmann masih lagi di bawah kontrrak bersama Wanda Metropolitan sehingga tahun 2022 manakala Simeone akan berakhir pada 2020.

Gil Marin mengakui, Atletico lebih menderita Simeone meninggalkan kelab berbanding jika Griezmann berpindah ke Nou camp.

"Sudah tentu jika ketiadaan Simeone akan memberi impak besar kepada pasukan bola kami. Pasukan tidak mewakili oleh seorang pemain," jelasnya

Tindakan Barca menghubungi pemain itu dianggap salah dan Gil Marin berkata, keputusan membuat laporan kepada Fifa bukanlah hukuman, tetapi sebagai pengajaran hormat.

"Hubungan kami dengan Barca amat baik, tetapi jika seseorang melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, kami perlu pertahanankan diri kami.

"Kami bukan mahu hukuman terhadap Barca. Kami hanya mahu sikap hormat," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain