suria

Menang 5-0, Conte Puji Pemain

Aksi William (tengah) selepas menjaringkan gol ke-4 Chelsea.

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte memuji pemain-pemainnya selepas menang besar 5-0 ke atas Stoke City pada aksi Sabtu malam.

The Blues meraih jaringan menerusi Rudiger mini ketiga, Drinkwater (9'), Pedro minit ke-23, Willian minit ke-73 dan sepakan penalti oleh Zappacosta, dua minit sebelum masa penuh tamat.

"Kami mengharungi lima perlawanan sukar bulan  ini. Kami perlu bersaing untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara.

Conte kelihatan gembira selepas skuadnya menang 5-0 ke atas Stoke City.

"Ia bukan mudah untuk mencapai sasaran. Manchester City telah menciptga jurang besar.

"Jadi kami perlu melegtakkan diri dalam setiap perlawanan untuk mendapat tiga mata penuh dan memberi tekanan kepad pasukan di atas," ujarnya selepas perlawanan.

Kemenangan ini menyaksikan Chelsea mengambil alih tempat kedua daripada Manchester United yang meraih seri ketika bertemu Southampton.

Chelsea kini mengutip 45 mata dalam 21 perlawanan setakat ini, manakala pendahulu liga Manchester City mengumpul 58 mata dalam 20 aksi.

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain