Isteri Safiq Rahim Pilih Diam! - Sukan | mStar

Isteri Safiq Rahim Pilih Diam!

PETALING JAYA: Selepas dikritik netizen gara-gara mengeluarkan perkataan kesat dipercayai ditujukan kepada pengkritiknya, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi iaitu isteri kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim bertindak memuat naik satu posting, dipercayai mempunyai kaitan dengan isu yang melibatkan suaminya itu.

Zandra dilihat seolah-olah mahu memberitahu pengkiritik suaminya bahawa dia tidak akan 'melayan' atau berhujah tentang isu itu apabila memuat naik gambar petikan hadis berserta tulisan yang mengingatkan umat Islam supaya menjauhi pertengkaran.

"Kata-kata, ungkapan yang indah," tulisnya pada kapsyen foto tersebut berserta hashtag #sabarituindah.

Zandra yang juga bekas pemain boling negara mengulang siar foto tersebut yang ditulis cucunda Almarhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Raja Sarina Iskandar di Instagram miliknya.

Ayat-ayat tersebut berbunyi, 'Imam Shafi'i mengingatkan kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam pertengkaran dengan orang yang jahil, mengatakan ia hanya berfungsi merendahkan status mereka.'

Foto yang dimuat naik Zandra dalam Instagramnya.

Foto tersebut yang dimuat naik awal pagi Isnin mendapat lebih 500 'like'.

Safiq dikecam hebat netizen selepas mencarut melepaskan geram ketika meraikan kemenangan JDT ke atas Kedah pada aksi final Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Rakaman tersebut dirakam ketika dia sedang meraikan detik manis kejayaan JDT bersama rakan pasukannya dan menjadi tular di media sosial.

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit itu, Safiq berkata 'P***** kepada semua pengkritik, wa (saya) cakap sekarang'.

Tindakan tersebut turut diselar bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali yang menyifatkan Safiq berkelakuan kurang sopan apatah lagi ia dilakukan secara terbuka.

Syafiq Rahim , JDT

Artikel Sebelum

Lukaku Masih Belum Cukup ‘Tamak’

Artikel Berikut

Mbappe Rai Kemenangan Di Disneyland

Artikel Berkaitan

Pertama Kali - Fitri Omar

JDT Ikat Syamer Kutty

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain