suria

Saya Belum Sedia -Vieira

LEGENDA Arsenal, Patrcik Vieira menafikan beliau akan mengisi kerusi panas yang ditinggalkan pengurus Amerika Syarikat (AS) Bruce Arena selepas gagal mengemudi pasukan itu mara ke kejohanan Piala Dunia 2018.

Vieira berkata beliau bukan pilihan tepat untuk memegang jawatan tersebut.

AS sedang mengintai ketua jurulatih baharu selepas Arena meletak jawatan susulan kegagalan AS mara ke kejohanan berprestij dunia itu buat pertama kalinya sejak 1986.

Vieira yang juga pengurus New York City dikaitkan sebagai calon pilihan untuk menggantikan Arena.

"Saya bangga dikaitkan dengan khabar angin itu tapi saya belum bersedia.

"Saya fikir apabila anda mengurus sebuah pasukan kebangsaan, amat penting untuk mengetahui mengenai liga itu, pemain, sistem dan juga cara ia berfungsi selain anda perlu ada pengalaman.

"Terdapat lebih ramai calon lebih hebat berbanding saya," katanya.

Patrcik Vieira

Artikel Sebelum

Conte Dedah Derita Musim Lalu

Artikel Berikut

Usia Bukan Isu - Heynckes

Artikel Lain