United Mahu Paulo Dybala - Sukan | mStar

United Mahu Paulo Dybala

MANCHESTER United bersedia untuk membida pemain Juventus dengan nilai 155 juta pound (RM881 juta).

Menurut laporan Mirror, penyerang Juventus Paulo Dybala kini dalam pemerhatian United walaupun dalam masa yang sama Barcelona juga turut mengintai pemain tersebut.

United dijangka akan mendapatkan Dybala untuk musim depan dan jumlah yang ditawarkan itu cukup untuk memujuk Juventus menjual pemain itu.

Dybala memulakan musim ini bersama Juventus dengan cemerlang dengan menjaringkan sepuluh gol setakat ini dalam aksi Serie A.

Pengurus Besar Juventus, Beppe Marotta mengakui kelabnya mungkin akan kekurangan 'kuasa' jika Dybala membuat keputusan untuk berpindah.

Musim lalu, United kembali mengikat Paul Pogba dari Juventus dengan rekod perpindahan dunia 89 juta pound 2016.

Paulo Dybala

Artikel Sebelum

Kafa Bayar Tunggakan Gaji Pemain

Artikel Berikut

Liverpool Sedia Jual Coutinho

Artikel Berkaitan

Artikel Lain