suria

Man United Mungkin Terlepas Andrea Belotti

MANCHESTER United memulakan langkah pertama untuk mendapatkan Andrea Belotti dari Torino dengan menyediakan dana sebanyak £64 juta.

Pemain Itali berusia 23 tahun itu menjaringkan 25 gol sepanjang musim ini dan mempunyai kontrak sehingga 2021 bersama kelabnya.

Malangnya buat United apabila pemain dari Palermo itu ingin beraksi di Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan jika berhijrah ke Liga Perdana Inggeris.

Berikutan itu, Belotti mungkin akan memilih Chelsea sebagai destinasinya di England memandangkan Antonio Conte mempunyai hubungan baik dengan penyerang berkenaan.

Selain itu, Chelsea juga tampil sebagai kelab sempurna dengan bakal bergelar juara Liga Perdana Inggeris dan kembali bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Belotti menjadi perhatian Jose Mourinho selepas skuad United berdepan krisis penyerang apabila pemainya mengalami kecederaan.

Krisis kecederaan di Old Trafford juga bakal menjadi penghalang misi skuad itu untuk bersaing dalam Liga juara-Juara Eropah musim depan.

Artikel Sebelum

Tolong Faham Bahasa!

Artikel Berikut

Sabaq Sat Helang Merah!

Artikel Lain