suria

Zlatan Mahu Belanja Warga United Makan Malam

Zlatan cedera teruk di bahagian lutut ketika menentang Anderlecht dalam perlawanan Liga Europa 21 April lalu. -fotoAFP

BINTANG Manchester United yang mengalami kecederaan, Zlatan Ibrahimovic mahu mengajak pemain dan 50 kakitangan kelab keluar makan malam bersamanya sebagai tanda 'terima kasih'.

Penyerang dari Sweden berusia 35 tahun itu mahu 'belanja makan' pasukan utama, jurulatih dan kakitangan sokongan, termasuk tukang urut dan pembantu padang.

Dia kini masih belum membuat keputusan sama ada akan menjalani rawatan pemulihan selama sembilan bulan akibat kecederaan lutut yang dialaminya.

Dia juga dilaporkan telah menolak tawaran Jose Mourinho yang menawarkan lanjutan kontrak satu tahun bernilai £13 juta apabila dia kembali pulih.

Satu sumber berkata: "Zlatan memang 'bintang' sebenar.

"Dia masih samar tentang apa yang dia akan lakukan tetapi dia mengambil keputusan untuk mengajak semua orang keluar makan sebagai ucapan terima kasih dan mungkin sebagai tanda perpisahan."

Penyerang ini tampil luar biasa untuk United musim ini, menjaringkan 28 gol dalam semua perlawanan atau jumlah gol paling banyak untuk kelab itu.

Kehilangan Zlatan di penghujung musim ini merupakan satu tamparan hebat untuk Old Trafford.

Zlatan cedera teruk ketika United menang ke atas Anderlecht dalam perlawanan Liga Europa.

Pemain ini terkenal dengan sifat ego yang tinggi, tetapi kadang-kadang suka berjenaka.

Pada Januari dia telah memberikan gambarnya sendiri sebagai hadiah Krismas untuk isterinya.

Dia juga pernah ditanya apakah hadiah untuk hari jadi isterinya dan dia menjawab: "Tiada apa-apa, dia sudah ada Zlatan."

Artikel Sebelum

'Umur' Musuh Utama Rossi

Artikel Berikut

Artikel Lain