suria

Zidane Cemburu Dengan Ronaldo

Zinedine Zidane. -fotoAP

ZINEDINE Zidane mengaku cemburu dengan Cristiano Ronaldo yang mampu menjaringkan banyak gol.

Ini adalah pujian yang diberikan Zidane kepada pemainnya itu menjelang perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Atletico Madrid, awal pagi Rabu.

Ketika masih aktif sebagai pemain, Zidane banyak meraih gelaran termasuklah Piala Dunia dan Liga Juara-Juara.

Pemain yang pernah bersama Bordeaux, Juventus dan Real Madrid ini mempunyai koleksi 88 gol dan 84 assist bersama kelab.

Untuk pasukan kebangsaan Perancis, dia mencatatkan 30 assist.

Zidane pernah bermain bersama Ronaldo Nazario di Real Madrid, tetapi tidak dengan Cristiano Ronaldo dari Portugal.

Kini Zidane dan Ronaldo berada dalam satu pasukan, tetapi mempunyai hubungan sebagai jurulatih dan pemain.

Menjelang pertandingan menentang Atletico, Zidane dihujani pertanyaan tentang perbezaan antara Ronaldo dengan pemain bintang yang pernah berada dalam pasukannya.

Zidane berkata dia cemburu dengan jumlah gol yang dicatatkan oleh penyerang bernama Ronaldo, baik dari Portugal mahu pun dari Brazil.

"Sebagai jurulatih, dia (Cristiano Ronaldo) adalah pemain terbaik yang pernah saya miliki. Saya tak pernah bermain bersamanya, sayang sekali, tapi saya pernah berdepan dengannya. Statistiknya luar biasa," jawab Zidane.

"Saya pernah bermain dengan 'Ronaldo Brazil', juga seorang pemain luar biasa yang menjaringkan banyak gol. Saya cemburu dengan mereka kerana saya tak ada angka seperti ini.

"Saya banyak memberikan assist, hanya memberikan umpan dan tidak menjaringkan gol seperti mereka. Mereka adalah pemain yang membuat penentuan," jelasnya.

Mengenai perlawanan menentang Atletico yang merupakan edisi ketiga musim ini, Zidane memberikan pujian kepada jurulatih rivalnya, Diego Simeone.

Dia juga meminta skuad asuhannya menganggap tidak ada perlawanan kedua dalam perlawanan separuh akhir ini untuk membolehkan pemainnya berjuang habis-habisan.

Mereka pernah bertemu sebanyak dua kali di saingan La Liga musim ini dan Real meraih satu kemenangan (3-0) dan satu lagi mencatat keputusan seri (1-1).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain