suria

FMLLP Siasat Layanan Kurang Mesra Diterima Media

Aksi separuh akhir pertama Piala FA antara Pahang dan Negeri Sembilan di Kuantan, Pahang, Ahad. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pengendali Liga Malaysia, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) akan menyiasat dakwaan layanan kurang mesra  diterima pengamal media yang membuat liputan aksi separuh akhir pertama Piala FA antara Pahang dan Negeri Sembilan di Kuantan, Pahang, Ahad.

FMLLP dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil serius berhubung dakwaaan itu kerana menyifatkan liputan media merupakan komponen penting dalam bola sepak negara.

"Apabila laporan  berkaitan diterima, kami akan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan kesemua pihak yang terlibat menyedari betapa seriusnya perkara yang telah berlaku ini,"jelas FMLLP yang turut memohon maaf berhubung perkara berkenaan.

Bernama difahamkan jurukamera yang hadir tidak dibenarkan membuat rakaman perlawanan berkenaan selain fasiliti media yang dikatakan tidak mencapai standard ditetapkan FMLLP.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Makmur itu, Pahang menang 1-0 ke atas Negeri Sembilan hasil jaringan sendiri pemain pasukan pelawat, Annas Rahmat pada minit ke-80.

Aksi timbal balik antara kedua-dua pasukan akan berlangsung pada 13 Mei ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain